Isnin, 30 Mac 2015

Perkhidmatan Amah (Maid) vs Perkhidmatan Mencuci/Membersih (Cleaner)




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bagi kebanyakan kita Perkhidmatan Amah dan Perkhidmatan Mencuci/membersih rumah adalah sama. Jadi tidak hairanlah saya menerima banyak panggilan telefon yang menginginkan saya menghantar Amah untuk mencuci/membersih rumah mereka. Mungkin kerana perkhidmatan Amah lebih murah dari perkhidmatan mencuci/membersih rumah. Ada perbezaan antara Amah dan mencuci/membersih rumah.

1) Caj Perkhidmatan 

Khidmat Amah = Biasanya caj mereka adalah mengikut jam. 3 jam RM60-80 setiap seorang.Lebih 3 jam dikira bayaran kerja lebih masa (Overtime)
Khidmat Membersih/Mencuci = Caj yang dikenakan mengikut jenis rumah, kawasan dan kerja tanpa mengira jam. Kadangkala boleh memakan masa sehingga 12 jam untuk sebiji rumah. 

2) Skop Kerja
Khidmat Amah = Lebih kepada rumah yang berpenghuni. Menyapu sampah, vakum, mengemop, membasuh baju, mengemas rumah dll.
Khidmat Membersih/Mencuci = mencuci dan membersih rumah kosong untuk didiami. Termasuk mencuci lantai (lalu air), mengemop, mengelap tingkap, membuang segala sawang dan habuk yg melekat di kipas, grill, mencuci kotoran minyak di jubin dapur.

3) Pekerja
Khidmat Amah = Perempuan 
Khidmat Membersih/Mencuci = Lelaki

4) Samak
Khidmat Amah = Tiada
Khidmat Membersih/Mencuci = Ada

Diatas adalah sebahagian perbezaan antara perkhidmatan Amah vs perkhidmatan Membersih/Mencuci untuk rujukan. Semoga ia dapat memberi gambaran kepada semua sebelum memutuskan samaada mereka memerlukan Amah atau Cleaner. Buat masa ini, kami di NAV hanya menawarkan khidmat Cleaner 7 hari seminggu. Perkhidmatan Amah hanya ditawarkan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Jika anda berminat menggunakan perkhidmatan kami, sila hubungi kami.



Ahad, 29 Mac 2015

Nova Aresta Ventures Cleaning and Care

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berpindah kerumah baru (tidak kiralah rumah sewa baru atau rumah yang baru dibeli atau rumah yang baru diubah suai) adalah perkara amat bermakna dan mengembirakan kepada kita tetapi proses berpindah kerumah baru mungkin agak membebankan kepada warga kota. Kekangan masa bekerja dari Isnin hingga Jumaat (kadangkala Sabtu), warga kota hanya mempunya masa Sabtu dan Ahad untuk menguruskan hal berpindah rumah. 2 hari ini mungkin digunakan untuk mengemas dan packing barang juga menyelia memunggah barang dari rumah lama ke lori. Ini adalah perkara biasa yang dialami oleh kita jika berpindah rumah. Bila masa untuk mencuci rumah? Kalau penyewa atau pemilik rumah baru adalah non muslim, perlulah rumah tersebut disamak terlebih dahulu.  So many things to do, so little time to spend. 

Disinilah kami di NAV boleh membantu anda. Kami adalah syarikat bumitera berdaftar dengan SSM 2302209-T yang menawarkan  perkhidmatan 'One Stop Centre' kepada mereka yang ingin berpindah kerumah baru. Sebagai permulaan kami menawarkan perkhidmatan  :

1) Mencuci
Skop Kerja
- Membasuh dan mop lantai
- Membasuh tandas
- Cuci tingkap
- Cuci kipas
- Buang Sawang

2) Menyamak
Skop Kerja
- 1 air tanah (tanah liat yang dikorek dari dalam tanah), dibilas dengan 6 air bersih
- Membasuh tandas
- Cuci tingkap
- Cuci kipas
- Buang Sawang

3) Mengecat
Skop Kerja
- Mengambil upah mengecat barang-barang dan cat disediakan oleh kami
- Mengambil upah mengecat barang-barang dan cat disediakan oleh tuan rumah

4) Membaiki kerosakan kecil
Skop Kerja
- Kerosakan kecil didalam rumah seperti menggantikan tombol pintu, menampal dinding yang berlubang, plumbing, pendawaian basic

5) Membersih dan mengilat lantai
Skop Kerja
- Menggunakan mesin scrubber dan buffing untuk lantai jubin, terrazo atau marble


Anda tidak perlu risau dan berpenat. Hanya hubungi kami dan kami akan uruskan segalanya buat anda. Kami memberikan perkhidmatan di seluruh Lembah Klang, segala jenis rumah tidak kira flat, apartment, rumah teres mahupun banglo. Tinggalkan rumah anda bersama kami, kami akan uruskan segalanya. Harga perkhidmatan kami adalah berpatutan. Kami faham kos sara hidup di kala ini amat tinggi ditambah berpindah kerumah baru memerlukan perbelanjaan yang tinggi. 

Di NAV perkhidmatan mencuci dan yang paling penting menyamak dilakukan oleh pekerja Islam Bumiputera supaya anda lebih yakin dan boleh menduduki rumah baru tanpa was-was. 


Kak Kam (Kondo di Wangsa Maju) - Samak dan cuci







Miss Jenny (Banglo di Jalan U-Thant) - Pembersihan Rumah










En Azam (Apartment di Pandan Indah) - Mencuci dan scrap lantai















* Gambar tidak mengikut urutan sebelum / selepas.

Hubungi kami di nombor berikut atau whatsapp kami

0 1 8 3 5 7 4 9 0 3 : Reen
0 1 8 7 7 9 6 2 7 9 : Faisal

Kami buka 7 hari seminggu.